JAWAPAN


  1.      Ukhuwwah Islam merupakan satu konsep dalam Islam yang menyatakan bahawa setiap sesama Muslim merupakan saudara yang bermatlamatkan mardhatillah dimana ia merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah SWT yang harus dimiliki oleh semua umat Islam.
2.  Antara punca kemerosotan ukhuwwah Islam ialah 

                  i.       Fitnah yang berleluasa yang merupakan tuduhan jahat tanpa sebarang bukti atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka.

                ii.       Lemahnya iman dan takwa kepada Allah SWT, apabila seseorang Muslim itu tidak memahami antara perkara baik dan buruk. Contoh perbuatan mengumpat yang disebarkan oleh seseorang Muslim boleh menyebabkan salah faham antara satu

              iii.       Penggunaan media sosial yang berkongsi maklumat dan berita yang tidak pasti sama ada benar atau palsu, ini kerana kebanyakan berita yang dikongsi di media sosial disebarkan dengan niat kebencian dan iri hati.


3.  Banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuk kembali nilai ukhuwwah Islamiah.

i)       Bersangka baik sesama Muslim, ini merupakan akhlak yang diajarkan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya. Kita disarankan untuk bersangkan baik kepada saudara kita dan tidak bersangka buruk yang boleh menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain

ii)     Mendoakan sesama Muslim baik semasa hidup mahupun setelah wafat. Doa yang baik akan kembali kepada kita yang mendoakannya

iii)   Menjaga aib sesama Muslim, tidak ada manusia yang bebas dan bersih dari aib, cacat dan kekurangan diri jadi kita harus menahan diri untuk tidak membuka aib saudara kita agar dapat menjaga kehormatan diri mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI II 2022/2023 TAJUK: NILAI UKHUWWAH ISLAMIAH NAMA PENSYARAH: PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD