1. Fitnah yang berleluasa
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atau tuduhan jahat tanpa bukti atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Perkataan "fitnah" diserap dari bahasa Arab yang bermaksud "cubaan" atau "ujian".
Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Riwayat Muslim, "Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang didengarnya". Fitnah termasuk dalam dosa besar yang tidak dapat pengampunan dari Allah SWT selagi tidak diselesaikan sesama manusia sendiri, dosa fitnah ini lebih teruk dari membunuh. Rasulullah SAW juga turut bersabda "Orang yang paling dimurkai oleh Allah ialah orang yang membawa fitnah, memecah belahkan persaudaraan sesama umat Islam dan mencaci orang yang tidak bersalah".
Fitnah yang paling banyak terjadi dalam kalangan masyarakat ialah fitnah syubhan yang merupakan fitnah paling berbahaya kerana kurangnya ilmu, diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji. Contoh fitnah syubhan ialah kekafiran, kemunafikan dan bidaah penyebab perpecahan.
2. Lemahnya iman dan takwa kepada Allah SWT
Apabila seseorang muslim itu tidak memahami antara perkara baik dan buruk maka mereka akan berlaku sewenang-wenangnya
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An Am ayat 159, "Sesungguhnya orang yang memecah belahkan agama mereka akan menjadi puak bergolong-golongan. Maka engkau wahai Muhammad tidak ikut bertanggungjawab atas mereka sedikit pun."
Hari ini kita dapat melihat berlakunya perbuatan maksiat dan jenayah yang berleluasa disebabkan oleh kurangnya iman dan rasa takut terhadap kemurkaan dan azab Allah SWT. Sebagai contoh, perbuatan mengumpat yang disebarkan oleh seseorang Muslim boleh menyebabkan berlakunya salah faham antara satu sama lain dan akhirnya terputus hubungan persaudaraan.
Rasulullah SAW turut bersabda, daripada Abu Hamza Anas Ibn Malik R.A khadam Rasulullah SAW. Baginda berkata "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Hadis ini menjelaskan bahawa adab dalam bersaudara amatlah penting untuk memastikan ukhuwwah sesama umat Islam sentiasa kukuh.
3. Penggunaan Media Sosial
Media sosial memberi banyak manfaat dan pada masa yang sama turut memberikan banyak keburukan. Media sosial berkembang pesat sehinggakan maklumat dan berita yang dikongsi tidak pasti sama ada benar atau palsu, ini kerana kebanyakan berita yang dikongsi di media sosial disebarkan dengan niat kebencian dan iri hati yang mencetuskan kemarahan sehingga berlaunya pergaduhan secara maya. Hal ini turut memberi kesan kepada orang Islam mahupun orang bukan Islam.
Sebagai contoh, video yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan wanita Muslim tidak diwajibkan memakai hijab, ini mendatangkan pelbagai reaksi dari saudara Muslim sendiri yang agak kesal dan marah dengan kenyataan tidak berasas dan tidak berilmu sedemikian. Hal ini menyebabkan perpecahan ukhwwah sesama umat Islam disebabkan oleh perbezaan pendapat dan ideologi.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 6, "Wahai orang beriman jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita palsu maka selidikilah kebenarannya terlebih dahulu agar tidak berlaku perkaran yang tidak diingini sehinggalah kamu menyesali perbuatan mu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan