KESIMPULAN

Pada pandangan saya, kita mestilah menerapkan ukhuwwah Islamiah dalam diri sendiri sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam, dimana ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat. Banyak hadis dan ayat al-Quran yang menyatakan pentingnya ukhuwwah dalam Islam kerana semua umat manusia berasal dari seorang ayah dan ibu iaitu Adam dan Hawa. Hubungan persaudaraan sesama Muslim bukan hanya berlaku di dunia, sebaliknya hingga ke ahirat, maka sesiapa yang memutuskan ukhuwwah di dunia maka berseoranglah dia di akhirat. 

Ukhuwwah sesama Muslim ni ibarat sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Oleh itu, semua umat Islam perlu mengikut seruan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi Mukmin yang betul-betul mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat, maka untuk mendapat berkat dan rahmat Allah SWT kita perlu ada sifat saling menyayangi dan menjaga ukhuwwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI II 2022/2023 TAJUK: NILAI UKHUWWAH ISLAMIAH NAMA PENSYARAH: PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD