PENGENALAN

Ukhuwwah Islamiah merupakan satu konsep dalam Islam yang menyatakan bahawa setiap  Muslim bersaudara yang bermatlamatkan mardhatillah dimana ia merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah SWT yang harus dimiliki oleh semua umat Islam. Banyak ayat Al-quran mahupun hadis Rasulullah SAW menjadi asas kepada konsep ini, bahkan kerap kali kita mendengar kaitan di antara perkataan 'ukhuwwah' dan 'iman' atau 'Islam'. Hal ini menunjukkan bahawa ukhuwwah merupakan salah satu elemen utama keimanan dan keislaman seseorang. 

Ukhuwwah juga merupakan salah satu daripada tiga unsur kekuatan yang menjadi ciri-ciri masyarakat Islam di zaman Rasulullah SAW, dengan tiga kekuatan ini Rasulullah SAW dapat membangunkan masyarakat ideal, memperluas Islam dan meningkatkan bilangan umat Islam di muka bumi ini begitu pesat dan tempohnya kurang daripada setengah abad. 

Ukhuwwah, mengutamakan orang lain berserta cinta adalah cara kebangkitan dan kemenangan, itulah strategi pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan mempersaudarakan sahabat Ansar dan Muhajirin serta membangunkan masjid Quba dimana persaudaraan dan kesatuan Muslimin dibina. Ukhwwah boleh diperoleh daripada ikatan hati dengan hati daripada seorang Mukmin yang soleh dan tidak boleh dibeli dengan apa pun.

Rasulullah SAW bersabda: "Mukmin satu sama lainnya bagaikan bangunan yang sebahagiannya mengukuhkan bahagian lainnya." Hadis Riwayat Bukhari

MASJID QUBA 

Orang yang terikat dengan ukhuwwah Islamiah memiliki banyak keutamaan, antaranya mereka merasakan kelazatan dan kemanisan iman, sedangkan orang lain tidak merasakannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan yang dapat berasakan menisnya iman: orang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah dan ia benci kembali pada kekufuran sebagaimana ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka." Hadis Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI II 2022/2023 TAJUK: NILAI UKHUWWAH ISLAMIAH NAMA PENSYARAH: PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD